Monday, 3 June 2013

Study Week !

Assalamualaikum semua.
Hai...

Setelah penat lelah belajar selama 14 minggu ini,
maka tibalah hari yang ditunggu iaitu
minggu Study Week.
Bagi aku minggu ini minggu paling sempoi.
Sebab kerja semua sudah hantar. Masa untuk mengulangkaji balik
apa yang dipelajari selama 14 minggu ini.
Dan aku juga baru mula nak study hari ini.
Maklumlah, release tension dulu baru boleh study kan.
Kalau tak, baca apa pun susah nak masuk.

Baiklah kawan-kawan,
di sini saya ingin mengucapkan 
Selamat Menduduki Final Exam kepada semua 
dan
Selamat Maju Jaya.

Setakat ini sahaja yang dapat dicoretkan.
Semoga kita sama-sama dapat menjawab semua soalan
dengan jayanya.
Sekian.
Terima Kasih.

GOOD LUCK ! 

Assalamualaikum...





Peace Yaww :)

Belajar Dari Kegagalan !

Hai semua...
Setiap orang pasti akan menempuh saat kejayaan
dan juga saat kegagalan.
Jadi usahakanlah supaya kegagalan tersebut 
menjadi iktibar untuk kita semua berjaya kelak.



Semoga kita semua berjaya di dunia dan 
di akhirat kelak.
Akhir kata dari saya, terima kasih 
kerana sudi mengunjungi belog yang tidak seberapa ini.
Sekian.
Assalamualaikum...


Peace Yaww :)

SMKA Kerian Di Hatiku !

Assalamualaikum kawan-kawan.
Tiba-tiba terasa rindu pulak zaman sekolah menengah 
dulu-dulu.
Macam-macam kenangan yang aku tak boleh nak
lupakan . Masa makannya, masa kelasnya,
masa prepnya, masa tidurnya.
Ohhh...kenangan !
Kalau ingat balik, mesti rindu! Padahal dulu
tak sabar nak keluar dari sekolah.
Tak suka ikut peraturan sekolah.
HAHAHA..


Ini blok aspuri. Cantik kan ?


Ada surau dan blok aspura (lelaki). :)


Dan inilah dia blok yang aku duduk masa
form 5 dulu.
Kenangan !

Oklah setakat ini sahaja ye semua.
Terima kasih kerana mangunjungi belog ini.
Semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum.
Bye...


Peace Yaww :)

Amalkan Minum Air Masak ! :)

Assalamualaikum semua...
Hari ini aku nak berceloteh tentang 
''Kepentingan Minum Air Masak''
Seperti yang kita tahu, air masak ini baik untuk kesihatan kita kan.
Tapi, kenapakah masih lagi yang tidak suka 
air masak ini?
*termasuklah aku.
Mungkin sebab ia tidak mempunyai apa-apa rasa.
Baiklah, banyak kelebihan yang kita boleh dapat melalui 
meminum air masak ini.
Antaranya ialah;

1.) Menyihatkan jantung
Ia dapat menyembuhkan penyakit jantung.

2) Perawatan kecantikan
Ia juga boleh bertindak sebagai menyerikan dan mencantikkan 
kulit wajah dan badan.

3) Tubuh lebih segar dan sihat.
Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari.
Tapi kalau kita tidak minum kita mungkin tidak
mampu untuk bertahan kan.
Jadi, minum air masak ini adalah sangat penting 
untuk kita sebagai manusia biasa.

Oklah. Setakat ini sahaja  yang aku boleh bebelkan.
Diharap anda semua teruskan usaha meminum
air masak ini sampai bila-bila,
Sekian sahaja dari aku.
Assalamualaikum.
Bye...

Peace Yaww :)

Sunday, 2 June 2013

Satay Time !

Hye, Assalamualaikum semua.
Korang pernah makan satay? Mesti pernah kan?
Sedap...
Tambah2 dekat tempat yang aku pergi makan ni.
Selepas puas shopping dekat Midvalley Megamall, kitorang singgah sini untuk dinner.
Masa tu dalam jam 6 petang la. Sangat ramai orang masa tu...
Tak kesah ! Janji dpt makan satay dengan bahagianya ! Hahaha
So,bg mereka yang tak pernah mencuba satay kajang ni, silalah datang ke sini ! 
Memang terbaik tempat dia . 
Oke lah, setakat ini sahaja coretan aku pada hari ini.
Diharap  kita dapat berjumpa lagi.
Bye...
Assalamualaikm...




Peace Yaww :)

Monday, 27 May 2013

COKLAT ! :)

Assalamualaikum kawan-kawan,
Hari ini aku nak tulis pasal coklat/gula-gula yang pernah
atau belum pernah aku makan.
HAHA

Yoyo & Cici Emoticons 2












Nampak sedap kan? 
Nak ?
Beli sendiri la.
HAHA
Ok, semoga berjumpa lagi.
Bye...

Yoyo & Cici Emoticons 27

Peace Yaww :)

Movie Time !

Assalamualaikum.
Post kali ini pasal jalan-jalan menghabiskan masa
ke Midvelly Mega Mall. 
Onion Head Emoticons 118

Macam biasa la, kali ini aku tak beli barang pun.
Tapi aku menghabiskan duit dengan tengok wayang.
Korang nak tau aku tengok cerita apa?
Sekarang ini agak famous dengan FAST FURIOUS 6.
Boleh katakan ramai kenalan aku dah tengok cerita ni.
Kata mereka cerita ni BEST.
Dan..
Memang terbuktilah BEST nye crita ni.
Weekend hari itu aku tengok.
Orang ramai sangat nak tengok cerita ni.
Sah-sah la seronok kan cerita ini.
Bagi aku memang seronok cerita ni tiada tandingan lah ! 
Walawehhh...
Hahaha..

Baiklah, setakat ini sahaja yang aku nak cerita.
Semoga korang-korang yang tak tengok lagi cerita ni
silalah tengok ye !
Tak rugi tau tengok ! 
Bye
Assalamualaikum 
Yoyo & Cici Emoticons 24



Peace Yaww :)

Saturday, 25 May 2013

Rindu...!

Assalamualaikum awak-awak semua.
Diharap semuanya berada dalam keadaan 
sihat sejahtera.
Sebenarnya hari ini aku bosan sangat menetap dalam bilik.
Esok baru nak keluar.
Kolej pun sunyi je...

Kadang-kadang apabila kita duduk sorang-sorang,
mesti terdetik suatu perasaan iaitu
tak lain tak bukan perasaan RINDU ! 
Sebagai manusia biasa, kita semua pernah merasai perasaan ini.
Tak kisahlah rindu parents ke family ke
boyfriend / girlfriend ke
kawan-kawan ke
semua itu perasaan yang tidak dapat dielakkan.

Dan aku ada baca status seorang sahabat aku di laman sosial
facebook,
dia mengatakan bahawa 
''Kalau rindu seseorang, baca surah Al Fatihah kemudian sebut nama
orang yang kita rindu itu . InsyaAllah perasaan itu akan hilang''

Korang semua boleh la cuba. 
Heee...
InsyaAllah berhasil..
Oke.
Itu sahaja yang aku nak tulis hari ini.
Semoga berjumpa lagi.
Terima Kasih sudi kunjung blog yang tak seberapa ini.
Sekian, Wasalam...

 

Peace Yaww :)

Friday, 24 May 2013

Sesi Pembentangan Power Point II

Holla uolsss...
Assalamualaikum.
Selamat Malam semua.

Hari ini aku nak sambung bercerita tentang 
Sesi Pembentangan Microsoft Power Point.
Untuk pengetahuan korang semua, sesi kedua ini dijalankan 
pada 16 Mei 2013.
Masa sesi ini, alhamdulillah tiada masalah rumit
yang dialami sepanjang sesi pembentangan dijalankan.

Sesi pembentangan ini dimulakan dengan kumpulan ;

1) Kumpulan 6 - Mereka menerangkan tentang Ilmu Pertolongan Cemas. Pelbagai jenis ubat-ubatan dan          cara penggunaannya. 

2) Kumpulan 5 - Tajuk pembentangan mereka ialah Nostalgia Zaman Kanak-kanak. Menarik jugak tajuk ini kerana ia mengingatkan kembali nostalgia aku semasa zaman sekolah rendah dulu. Dengan pelbagai jenis makanan ringan yang kerap dibeli sewaktu dahulu. 
Sangat Nostalgia ! :)

3) Kumpulan 11 - Bertajuk Gubahan. Pelbagai jenis gubahan yang ditunjukkan.
Sebagai contoh, video kumpulan mereka menunjukkan ukiran pada buah labu yang keras.
Memang agak susah kalau ukir benda yang keras kerana ia harus betol-betol teliti.

4) Kumpulan 16 - Mereka membincangkan tajuk Pengurusan Stres. Di dalam pembentangan mereka ada menyebut tentang cara menangani tekanan sewaktu belajar, putus cinta dan sebagainya.

5) Kumpulan 10 - Kumpulan ini membentang tajuk Aplikasi Mobile. Hampir kesemua yang dibentang oleh mereka pernah aku dengar. Mereka menceritakan tentang aplikasi dan cara penggunaan WhatsApp, Instagram dan Viber.

6) Kumpulan 4 - Mereka menerangkan tentang tajuk Pakaian Tradisional. Pakaian tradisional yang dibentangkan meliputi pakaian kaum melayu, india, dan juga cina.

7) Kumpulan 9 - Tajuk yang dibentangkan adalah tentang Video Parodi. Mereka ada menyebut tentang kesan- kesan sama ada baik ataupun buruk di dalam menghasilkan video parodi ini.

Setakat ini sahaja coretan aku tentang sesi pembentangan
Microsoft Power Point.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang membentang ! 
Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.
Assalamualaikum
Bye... :) 



Peace Yaww :)

Sesi Pembentangan Power Point !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Seperti tajuk yang ditulis, entri kali ini aku ingin 
menceritakan serba sedikit tentang 
Tugasan Microsoft Power Point.

Kami semua dikehendaki membentang mengikut kumpulan 
masing-masing dengan menggunakan Power Point.
Jadi, pada tanggal 9 Mei 2013,
maka bermulah sesi pembentangan kami semua.

Kumpulan yang pertama membentang adalah Kumpulan 12.
Mereka menerangkan tajuk PANTANG LARANG.
Aku ingat orang melayu yang kaya dengan pantang larang.
Rupa-rupanya, kaum cina dan india juga ada jugak pantang
larang mereka masing-masing.
Banyak input yang aku dapat melalui pembentangan tersebut.
Terima Kasih untuk Group 12 ! 
Hehe..

Baiklah, seterusnya tibalah giliran Kumpulan 2.
Mereka menceritakan tentang KASUT !
Menarik jugak tajuk ini.
Sebab diorang banyak bagi tips dalam 
pemilihan kasut yang sesuai dengan gaya 
seseorang individu.
Thanks for the information ! :)

Pada sesi ini, pembentangan hanya dibentang oleh 2 kumpulan sahaja.
Hal ini kerana terdapat segelintir masalah 
terutamanya masalah teknikal.
Semoga masalah sebegini tidak akan berulang lagi pada masa
akan datang.
Peringatan untuk diri sendiri juga ! 

Setakat ini sahaja daripada aku.
Terima kasih kerana datang melawat blog ini !
Sekian, Assalamualaikum. :)

Peace Yaww :)

Sunday, 12 May 2013

Tanda- tanda Kecil Kiamat !

Assalamualaikum semua.
Dah lama aku tak update blog ini.
Jadi pada pagi jam 1.23 AM bersamaan
13 MEI 2013 ini,
aku nak becerita sedikit tentang tanda-tanda kecil kiamat.
Mungkin sebahagian daripadanya kita semua telah nampak.
Antara tanda-tandanya adalah :


1. Banyak saksi palsu.
2. Kurang sifat amanah.
3. Zina bermaharajalela.
4. Ramainya anak luar nikah.
5. Penaklukan Baitulmaqdis.
6. Alat muzik bermaharajalela.
7. Banyak berlakunya gempa bumi.
8. Ramai orang soleh meninggal dunia.
9. Menghiasi masjid dan membanggakannya.
10. Lelaki mentaati isterinya dan menderhaka ibunya.
11. Pemimpin terdiri daripada orang yang fasik dan zalim.
12. Salam diberi kepada orang yang kenal sahaja.
13. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
14. Ramai wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang.
15. Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
16. Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita.


Haaaa..
Ada 16 tanda. Jadi apa tunggu lagi ?
Ayuhlah kita bertaubat.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengampuni dosa hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Sebarkan walaupun sepotong ayatku..."

Setakat ini sahaja nukilan aku buat seketika.
Semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum.



Peace Yaww :)

Tuesday, 30 April 2013

Happy Labour Day !

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan semua.
Dah lama jugak aku tak update blog ini.
Oke,
Hari ini aku nak bagitau yang semua orang cuti !
Yeay ! 
Ohsemm Day !
Heven sangat rasa bila dapat cuti.
HIHI
Cuti ini bukan saja-saja tau korang.
Ianya mestilah ada sebab musababnya.
Hari ini merupakan HARI PEKERJA !
Semua yang bekerja atau tidak diberikan cuti umum
selama SATU hari sahaja.
Bagi aku, cukup la sehari daripada tiada cuti langsung.
So, ucapan tahniah dan terima kasih ingin aku
lafazkan kepada semua, pekerja-pekerja
sama ada mahir atau tidak mahir,
tanpa anda siapalah kita.

KEEP IT UP ! 

Sekian sahaja daripada aku.
Terima kasih kerana sudi mengunjung ke blog ini.
Sampai berjumpa lagi.
Bye...



Peace Yaww :)

Monday, 22 April 2013

STRESS !!!!

Hai hai semua pembaca sekalian.
Assalamualaikum.
Baiklah.
Entri kali ini aku nak share something dengan korang semua.
Its all about STRESS.
Ataupun dalam bahasa dipanggil TEKANAN.
Sebelum itu, aku ade baca laman web yang 
membincangkan tentang isu ini.
Kata Dr.Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress atau
tekanan perasan telah mendefinisikan stress iaitu
''Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan
sesuatu bebanan yang menimpanya''

Itulah salah satu satu definisinya pun.
Kalau korang nak tahu apa dia tanda-tanda stress
ini ialah seperti berikut:

1) Fizikal
-Letih,pening kepala,susah tidur,sakit-sakit badan(terutama di bahu dan belakang 
badan)
-Degupan jantung kuat,sakit dada,loya,ketar badan,sejuk tangan dan berpeluh.
2) Mental
-Hilang tumpuan,mudah lupa,susah untuk membuat keputusan,
tidak boleh berfikir,fikiran celaru dan tidak boleh melawak.
3) Perangai
-Keluh kesah,lahir tabiat menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki
-Makan yang berlebihan,merokok,minum arak,menjerit-jerit,dan menyalahkan orang lain
serta bertindak agresif.
4) Emosi
-Risau,sentiasa bimbang,sugul,marah,mudah kecewa,sentiasa takut,sensitif,
mudah hilang sabar dan panas baran.

Kalaulah ciri-ciri ini ada dalam diri korang,
kemungkinan besarlah korang sedang
dibelenggu STRESS !

So, apa tunggu lagi ? Cepat-cepat lah dapatkan rawatan 
supaya ia tidak memudaratkan dan menjejaskan kesihatan korang semua.


Antara cara-cara nak mengatasi ''penyakit'' ini ialah :

-Bawa-bawalah bertenang ye kawan-kawan.
-Biasakan diri dalam keadaan berwuduk.
-Membaca Al-Quran, zikir dan selawat.
-Cintailah diri anda sendiri.
-Banyakkan solat sunat.
-Selalu berdoa kepada Allah SWT.
-Bersangka baik dengan Allah SWT.
-Mengurus masa korang dengan baik.
-Berhubung dengan rakan,keluarga dan jangan bersendirian.
-Lakukan aktiviti keluar rumah dan aktiviti fizikal.
-Aktiviti bersama alam.
-Amalkan diet makanan yang seimbang.
-Jangan malu untuk ketawa.
-Menangis dengan sepuas hati.
-Hargai kebolehan diri sendiri
-Sentiasa berfikiran positif.
-Fokus kepada warna yang menenangkan.

INGAT !!!

Katakan TIDAK kepada STRESS ! 

Pesanan dari penaja:
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIBELENGU TEKANAN !
hahaha...

Setakat ini sahaja coretan saya kali ini.
Ada hari kita berjumpa lagi.
Terima Kasih lawat belog ini.
Bye Uollsss...
~Asslamualaikum~







Peace Yaww :)

LAWN BOWL TEAM 2012 :)


''Ciao,, come tutto quello che? Sano??''
Korang paham tak ape aku tulis ni?
HAHAHA
Kalau uallss semua paham, gud job !
Ini sebenarnya bahasa Italian. Aku tak belajar pun bahasa ini.
Aku guna Google Translate ja bah...
Maksudnya...

''Hai,,apa khabar semua? Sihat?''
Gituuu...hahaha.
So, diharap korang semua berada dalam keadaan 
sihat sejahtera ye.

Baiklah, entri kali ini aku nak imbas balik kenangan aku
dengan budak-budak dalam gambar atas ini.
Mereka ibarat family kedua aku kat UKM ini.
Btw, maybe tanpa Lawn Bowl
kitorang takkan kenal satu sama lain.

Let me introduce about Lawn Bowl first.
Lawn Bowl ini dalam bahasa Melayu nya dikenali sebagai
Boling Padang.
Sebelum ini, aku tidak pernah pegang, sentuh apatah lagi nak 
main dengan bowl ini.
Dia ala-ala bowling juga, tapi ia lebih memerlukan
kekuatan mental dan fizikal daripada bowling. (maybe...)

Bukan apa, game ini, ada padang dia.
And of course la padang dia tiada air-cond kan.
Mula-mula aku berjinak main game ini semasa SUKEM 2012 hari itu.
Kitorang dapat mewakili Kolej Rahim Kajai . :)
Masa itu, kitorang lawan dekat Seremban. (kompleks sukan)
Best sangat dapat satu team gila-gila dengan diorang.

Dari kiri (berdiri) kak nana , nina , ecah , aku , ika
Dari kiri (duduk) Fariz , Ran , Adib

Actually Adib ialah selaku coach kitorang. Dia merupakan senior tahun 4 FEP.
Banyak ilmu yang beliau curahkan dekat kitorang.
Kitorang training lebih kurang sebulan sahaja. Cepat kan?
Yela. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
Rindu sangat masa tournament hari itu.
Walaupun kitorang tak menang, tapi kitorang dapat sampai ke peringkat quarter.
And dapat kalahkan akak-akak senior Zaaba. HAHA
Biasa la adat perlawanan kan. Pasti ada yang menang dan kalahnya.
Hope for the next time, we will be a CHAMPION ! 
Waahhhhhh...InsyaAllah. :)

training di stadium ukm ! >.<

salah empat bowl favourite aku . HEHE

 gabungan jejaka Keris Mas dan Rahim Kajai...

 dikelilingi bowl ! ;)

 say peace ! ^^

pegang banner tapi tak buka..apa daa.. 

woaahhhhh ! Gituuuu ! 
HAHA

Thats all from me.
Setakat ini sahaja untuk SUKEM 2012 (LAWN BOWL).
Teima kasih kerana sudi singgah di belog ini.
~Assalamualaikum~
Bye uollsss...





Peace Yaww :)

Monday, 15 April 2013

Hari Kedua ~ Part 2 ( Canopy Walkway )

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan semua.
Dah lama aku tidak mengupdate ceghita aku pasal 
Kembara Taman Negara hari itu.
So, hari ini aku nak post pasal aktiviti selepas Jungle Trekking.

CANOPY WALKWAY 

Nak tanya, korang semua pernah dengar or
pernah join tak aktiviti ini?
Untung la bagi mereka yang pernah join.
Sebabnya aktiviti ini best sangat sangat sangat...
Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, aktiviti ini 
merupakan aktiviti merentas titian (ala-ala titian gantung gitu).
Katanya titian ini titian yang terpanjang
di Asia Tenggara.
Masa aku jalan atas titi itu, rasa gayat pon ada juga.
Tapi buat cool je. HAHAHA
Poyo ! 
Masa tengah meniti itu, kitorang x boleh nak snap gmbar .
Sebab kitorang akan berhenti banyak platform.
So di situ, korang boleh snap gambar 
sebanyak mungkin yang korang nak.
And lagi satu, dekat atas titi itu,
tidak dibenarkan meniti melebihi 4 orang.
Hehehe...
Jarak kitorang pon jauh- jauh semua.

 pandangan dari bawah :)

 sorry, masalah pergerakan . 
bukan masalah KAMERA oke ! 


 Ini aku ! 
Kak wawa yang snap :)


Ayuh teruskan melangkah ! 
HEHE 


 Ada budak tu gayat.
So, terpaksa jalan dekat-dekat.
hahaha

 Sebelum gerak, posing dulu ye ! 
(poyo lagi)


Ini dia view dari atas titian.
Sangat cantek !

Sekian sahaja coretan dari aku hari ini.
Aktiviti seterusnya akan diupdate 
suatu hari nanti.
Terima Kasih kerana melawat blog ini !
BYE :)

~Assalamualaikum~

Peace Yaww :)

Kelebihan Solat Tahajjud :)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana 
dengan izinNya kita masih lagi diberikan peluang untuk hidup 
di muka bumiNya.
Let Say ALHAMDULILLAH...

Oke, hari ini aku akan tulis pasal 
Kelebihan Solat Tahajjud :)
Ini sambungan bagi entri lepas iaitu entri
Cara Menunaikan Solat Tahajjud.
Banyak kebaikan yang kita boleh dapat apabila menunaikan 
solat di malam hari ini.
Kelebihan-kelebihannya ialah seperti:

a) Doa kita akan dimakbulkan Allah.
b) Mendapat ketenangan jiwa.
c) Kita akan merasakan diri kita sangat hampir 
dengan Allah.
d) Diberikan juga keistimewaan daripada Allah.
e) Memperoleh pertolongan da rahmat dari Allah.
f) Mencegah dosa dan menghindari daripada penyakit.
g) Dapat menewaskan godaan syaitan.
h) Menjadi lebih berdisiplin dan berpendirian tegas.
i) Allah mudahkan jalan untuk menimba ilmu pengetahuan.
j) Dihormati masyarakat dan dijauhi diri dari hasad dengki.
k) Mendapat kemuliaan Allah didunia dan di akhirat.

Sampai sini sahaja ye kawan-kawan. Sebenarnya ada banyak 
lagi kelebihan solat sunat tahajjud ini.
Jadi, renung-renungkan...
Selamat Beramal..
Sekian :)
Terima kasih berkunjung ! Nanti datang lagi ye ! 

Peace Yaww :)

Sunday, 14 April 2013

Cara Menunaikan Solat Tahajjud

Assalamualaikum semua...
Hai..
Korang sihat? Diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Entri kali ini aku nak ceghita pasai cara menunaikan solat tahajjud.

Firstly,
Sebelum korang menunaikan solat tahajjud,korang hendaklah 
membaca doa sebelum mendirikannya iaitu :


Niat solat tahajjud pula :

Kemudian, bacalah al-fatihah dan surah-surah seperti,
1. Ayat Kursi - Rakaat Pertama sebanyak 7 kali.
2. Surah Al Ikhlas - Rakaat Kedua sebanyak 11 kali

Korang juga boleh baca :
1. Surah Al Kaafirun - Rakaat Pertama
2. Surah Al Ikhlas - Rakaat Kedua

Oke...Selepas korang baca tasbih dalam sujud kedua rakaat terakhir,
bacalah doa ini sebanyak 3 kali :

Selepas itu, setelah selesai memberi salam
korang boleh juga membaca doa yang dibaca oleh 
Rasulullah S.A.W. iaitu :

Disambung pula dengan Doa Solat Sunat Tahajjud.

Then, selesailah solat sunat tahajjud kita.
Mudah kan?
Kawan-kawan boleh menunaikannya di mana- mana sahaja.
Diharap info ini dapat membantu korang semua.
Sekian sahaja dari aku...
Terima Kasih kerana singgah blog ini.
Jumpa lagi korang !
~Assalamualaikum~





Peace Yaww :)

Solat Sunat Tahajjud

Assalamualaikum kawan-kawan...
Malam ini aku nak share sedikit tentang solat sunat tahajjud.
Sebenarnya dah lama aku teringin sangat nak menunaikan solat sunat tahajjud ini.
Tapi, tidak kesampaian...
Mungkin aku yang tidak berusaha untuk melakukannya.
So, korang tahu apa itu solat sunat tahajjud?
Kalau yang sudah tahu baguslah...kepada yang belum tahu ini dia maksud dia :

''Solat Tahajjud ialah solat malam yang dilakukan setelah bangun tidur , 
afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepad tengah malam''.

Untuk pengetahuan korang semua,
solat sunat ini amat juga dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun
tidak pernah meninggalkan solat sunat ini.

Rasulullah juga bersabda :
''Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu,
juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu,
juga penebus segala amalan buruk,
pencegah dari perbuatan dosa 
dan dapat menghalangi penyakit dari badan.''
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a )


Setakat ini sahaja ye kawan-kawan.
Nanti aku akan explain cara-cara untuk menunaikannya.
Sampai berjumpa lagi...
Terima Kasih kerana sudi membaca...
Assalamualaikum.. :)


Peace Yaww :)

Friday, 12 April 2013

Nikon Idamanku !

Hollaaaaa uolssss...
Kali ini aku pause sekejap entri untuk kembara tu.
Sebab aku nak bercerita pasal cuti midsem yang lalu.
Aku balik kolej awal hari Khamis and bertapak di 
Kolej Rahim Kajai ni sorang-sorang (tanpa roomate).
Mai-mai je kolej, elektrik tiada. So, aku tunggu Hafizah dan Aisyah.
Untuk betulkan suis utama tu.

Eyh, sebenarnya nak ceghita pasal nikon kan. HAHA
Oke la . Sambung sikit, selepas magrib tu, kitorang pergi hidupkan elektrik.
Walaahhh.. Akhirnya..
Menyala jugak bilik aku ! 

Okeyh ! Lets to the point,
Baru-baru ini aku pergi Berjaya Times Square.
First time sebenarnya pergi sana
dengan family.
Sangat best !!!
Sebab belanja ditanggung oleh abg kesayangan. HEHE
Tujuan kitorang pergi TS sebab nak beli
NIKON la.

Masa beli tu, memang tak sangka !
Sebab selama ini dalam angan-angan mat jenin je nak ada kamera NIKON tu.
Lastly, da ada dalam tangan. 
Diharap riwayat buah hati kameraku panjang sampai ke akhirnya.
HAHAHA.
So, ini lah dia..
my wishes became true !

Setelah diedit oleh
makcik insta.
HAHA

So. tengs for singgah baca.
Semoga berjumpa lagi
Bye..
Assalamualaikum...


Peace Yaww :)

Hari Kedua ~ Part 1 ( Jungle Trekking )

Assalamualaikum kawan- kawan...
Hari ini aku nak sambung lagi kisah kembara ni.
Firstly, pagi hari kedua tu, kitorang ada aktiviti JUNGLE TREKKING. 
Kitorang ikot laluan sama macam NIGHT JUNGLE WALK. 
Cuma jarak dia jauh sikit la.
Berbukit- bukit bagai. 
Destinasi kitorang adalah di puncak Bukit Terisek. 
Hanya gambar yang mampu menjadi saksi bahawa perjalanan kami sangatlah
OSEMMMM ! 
hehe...

putry dan aku ! 

senamrobik dulu. hehe

my group ! :)

singgah minum air jap ! 
Pehal dengan budak tudung kuning tu ? 
HAHAHAHA

Our tour guide En. Jack (sebelah kiri )

pokok yang boleh menyelamatkan diri kita ! 
HEHE

First view Bukit Terisek...

macam-macam gaya ada..haha

Akhirnya...
Bukit Terisek here we come !
(second view )

Bersama ketua pengarah dan Pika !

one word...SUBHANALLAH ! <3

mukaku yang gelap ! 

berehat jap.
sebelum sambung aktiviti seterusnya.

Korang nak tau aktiviti apa pulak selepas ini?
Dijemput untuk membaca entri aku yang akan datang..heee
Terima Kasih kerana sudi membaca entriku.
Jumpa lagi.
Bye...
Onion Head Emoticons 135



Peace Yaww :)