Showing posts with label Kembara Taman Negara Pahang 2013. Show all posts
Showing posts with label Kembara Taman Negara Pahang 2013. Show all posts

Monday, 15 April 2013

Hari Kedua ~ Part 2 ( Canopy Walkway )

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan semua.
Dah lama aku tidak mengupdate ceghita aku pasal 
Kembara Taman Negara hari itu.
So, hari ini aku nak post pasal aktiviti selepas Jungle Trekking.

CANOPY WALKWAY 

Nak tanya, korang semua pernah dengar or
pernah join tak aktiviti ini?
Untung la bagi mereka yang pernah join.
Sebabnya aktiviti ini best sangat sangat sangat...
Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, aktiviti ini 
merupakan aktiviti merentas titian (ala-ala titian gantung gitu).
Katanya titian ini titian yang terpanjang
di Asia Tenggara.
Masa aku jalan atas titi itu, rasa gayat pon ada juga.
Tapi buat cool je. HAHAHA
Poyo ! 
Masa tengah meniti itu, kitorang x boleh nak snap gmbar .
Sebab kitorang akan berhenti banyak platform.
So di situ, korang boleh snap gambar 
sebanyak mungkin yang korang nak.
And lagi satu, dekat atas titi itu,
tidak dibenarkan meniti melebihi 4 orang.
Hehehe...
Jarak kitorang pon jauh- jauh semua.

 pandangan dari bawah :)

 sorry, masalah pergerakan . 
bukan masalah KAMERA oke ! 


 Ini aku ! 
Kak wawa yang snap :)


Ayuh teruskan melangkah ! 
HEHE 


 Ada budak tu gayat.
So, terpaksa jalan dekat-dekat.
hahaha

 Sebelum gerak, posing dulu ye ! 
(poyo lagi)


Ini dia view dari atas titian.
Sangat cantek !

Sekian sahaja coretan dari aku hari ini.
Aktiviti seterusnya akan diupdate 
suatu hari nanti.
Terima Kasih kerana melawat blog ini !
BYE :)

~Assalamualaikum~

Peace Yaww :)

Friday, 12 April 2013

Hari Kedua ~ Part 1 ( Jungle Trekking )

Assalamualaikum kawan- kawan...
Hari ini aku nak sambung lagi kisah kembara ni.
Firstly, pagi hari kedua tu, kitorang ada aktiviti JUNGLE TREKKING. 
Kitorang ikot laluan sama macam NIGHT JUNGLE WALK. 
Cuma jarak dia jauh sikit la.
Berbukit- bukit bagai. 
Destinasi kitorang adalah di puncak Bukit Terisek. 
Hanya gambar yang mampu menjadi saksi bahawa perjalanan kami sangatlah
OSEMMMM ! 
hehe...

putry dan aku ! 

senamrobik dulu. hehe

my group ! :)

singgah minum air jap ! 
Pehal dengan budak tudung kuning tu ? 
HAHAHAHA

Our tour guide En. Jack (sebelah kiri )

pokok yang boleh menyelamatkan diri kita ! 
HEHE

First view Bukit Terisek...

macam-macam gaya ada..haha

Akhirnya...
Bukit Terisek here we come !
(second view )

Bersama ketua pengarah dan Pika !

one word...SUBHANALLAH ! <3

mukaku yang gelap ! 

berehat jap.
sebelum sambung aktiviti seterusnya.

Korang nak tau aktiviti apa pulak selepas ini?
Dijemput untuk membaca entri aku yang akan datang..heee
Terima Kasih kerana sudi membaca entriku.
Jumpa lagi.
Bye...
Onion Head Emoticons 135



Peace Yaww :)

Hari Pertama ~ Part 3 ( Night Jungle Walk )

Assalamualaikum semua...
Entri kali ini aku nk sambung cerita psal kembara taman negara. 
Aktiviti yang kitorang akan buat malam itu ialah 'Night Jungle Walk'.
Aku ingat lagi night walk mase zaman sekolah menengah dulu. Kitorang disuruh tutup mata, then akan dibawa ke sesuatu tempat sorang- sorang. Memang dulu takot jugak. Siap baca doa semua dulu sebelum start. HAHA. Semua itu kenangan ! 
Yoyo & Cici Emoticons 10
Lets to the point ! 
Night Jungle Walk ini merupakan aktiviti berjalan di malam hari merentas hutan.
Tujuan dia supaya kita dapat tengok hidupan yang kita tak dapat tengak masa siang.
Sebelum start tu , kitorang da terserampak dengan landak dan tapir. HAHA. 
Tak sangka ! 
Mula ingtkan patung. Tengok kepala dia bergerak-gerak ! 
Sangat comel ! 

ini la tapir tu. macam patung kan ? HAHA

ini pulak landak ! >.<

sebelum gerak...

Semasa dalam hutan, aku dapat tahu banyak jugak la pasal tumbuhan-tumbuhan, herba semua. Tapi, aku ingat masa tu je. Keluar je hutan terus lupa. HAHA.
Contoh-contoh hidupan dalam hutan yang kitorang jumpa...

sama tapi bukan dia ! HEHE
Yang coklat tu sebenarnya bukan ranting ke apa, 
tapi dia sejenis haiwan yang sama mcm ranting kayu. ( tak ingat nama apa )





Di sana jugak aku jumpa kala jengking / scorpion. 

En Scorpion malu nak keluar. 
Dia tunjuk cepit dia je. HAHA

Oke la. Setakat itu je yang aku boleh tunjuk.
Malam tu tak banyak sangat ambil gambar.
Simpan untuk aktiviti esok pulak.
HAHA
Nantikan...
Terima Kasih kerana sudi membaca nye pon.
Bye :) 






Peace Yaww :)

Saturday, 6 April 2013

Hari Pertama~ Part 2 ( ICE BREAKING )

Assalamualaikum semua...
Malam ini aku nak sambung balik kisah kembara taman negara 
iaitu sambungan kepada entri yang sebelum ini.
Bagi aku,tak lengkap sesuatu aktiviti tanpa adanya ice breaking kan.
Untuk pengetahuan korang semua, menurut encik google kan,

''ice breaking ini merupakan aktiviti yang bertujuan untuk 
menghilangkan kebekuan-kebekuan di antara peserta sehingga 
mereka kenal dan saling berinteraksi diantara satu sama lain. 
Hal ini kerana perbezaan status, pekerjaan, umur, tempat tinggal 
dan sebagainya yang akan menyebabkan wujudnya
dinding pemisah diantara seseorang peserta.
Justeru, aktiviti ice breaking ini dilakukan untuk memisahkan dinding tersebut...''

Begitulah kata encik google.
Aktiviti ice breaking yang kitorang semua buat ialah mengikut jenis binatang.
Setiap peserta akan mencabut satu jenis binatang
dan dikehendaki untuk membunyikan binatang tersebut bagi
membentuk kumpulan masing-masing.
Macam-macam gaya yang kitorang buat. Agak kelakar jugak di situ.

Wan Wan Emoticons 46 
para peserta yang excited ! 
 Wan Wan Emoticons 7

sebelum mencari ahli kumpulan...

siap sedia buat bunyi ! Wan Wan Emoticons 40

Kemudian, kitorang berehat untuk minum petang. 


ambooii, kemainn lagi depa ! hahaha



jejaka TERHANGAT semalaya ! 



bersama kawan sematrik !
(abaikan aksi di belakang) hahaha


we allsss ! :)

Selepas minum-minum semua, kitorang balik bilik and 
siap-siap untuk aktiviti pada malam nanti.
Gilaa tak sabar kan !
HAHAHAHA
Tunggu laaa entri seterusnya untuk tahu aktiviti apa yang kitorang buat malam itu.

Sekian sahaja coretan daripada aku yang dah mengantok ini.
Thanks kerana sudi menjenguk belog aku yang serba kekurangan ini.

Bye-Bye Uollsss ;)




Peace Yaww :)

Thursday, 4 April 2013

Hari Pertama ~ Part 1

Heyyy
Assalamualaikum Uolsss...
Sudah lama tak ketemunya pun.
Anyway, entri kali ini aku nak post pasal aktiviti 
Biro Latihan Hal Ehwal Luar dan Alumni Kolej Rahim Kajai.

Untuk semester 2 ini, kami mengadakan aktiviti 
Kembara Taman Negara dekat Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. 
Aku selaku ajk pendaftaran agak sibuk juga sebab 
macam - macam borang yang nak kena buat.
Tapi tak apa, thats all about experiences. 
Banyak pengalaman baru yang aku dapat sepanjang
 menjalankan tugas selaku ajk pendaftaran ini.
Firstly, aku kena jaga pendaftaran peserta pada hari 
Jumaat bersamaan 29 Mac 2013.
Bukan aku sorang la yang jaga kaunter, 
ramai jugak kawan satu team ringan tulang membantu aku 
semasa proses pendaftaran.
Saadah  Hafizah  Izwa

Thanks a lot to all of you !
SAMWOO Emoticons 49

mereka yang banyak membantu ! 

candid ! >.<

peace ! ;')

orang kuat + busy
(KETUA PENGARAH tu)

muka excited ! hahaha

orang jauh... UPNM malii...

sebahagian daripada peserta...

Thats all untuk PART 1.
Nanti aku sambung lagi mencoret lagi untuk part yang seterusnya.
Thanks for reading my entry.
SAMWOO Emoticons 10


Peace Yaww :)