Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Tanda- tanda Kecil Kiamat !

Assalamualaikum semua.
Dah lama aku tak update blog ini.
Jadi pada pagi jam 1.23 AM bersamaan
13 MEI 2013 ini,
aku nak becerita sedikit tentang tanda-tanda kecil kiamat.
Mungkin sebahagian daripadanya kita semua telah nampak.
Antara tanda-tandanya adalah :


1. Banyak saksi palsu.
2. Kurang sifat amanah.
3. Zina bermaharajalela.
4. Ramainya anak luar nikah.
5. Penaklukan Baitulmaqdis.
6. Alat muzik bermaharajalela.
7. Banyak berlakunya gempa bumi.
8. Ramai orang soleh meninggal dunia.
9. Menghiasi masjid dan membanggakannya.
10. Lelaki mentaati isterinya dan menderhaka ibunya.
11. Pemimpin terdiri daripada orang yang fasik dan zalim.
12. Salam diberi kepada orang yang kenal sahaja.
13. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
14. Ramai wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang.
15. Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
16. Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita.


Haaaa..
Ada 16 tanda. Jadi apa tunggu lagi ?
Ayuhlah kita bertaubat.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengampuni dosa hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Sebarkan walaupun sepotong ayatku..."

Setakat ini sahaja nukilan aku buat seketika.
Semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum.



Peace Yaww :)

Monday, 15 April 2013

Kelebihan Solat Tahajjud :)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana 
dengan izinNya kita masih lagi diberikan peluang untuk hidup 
di muka bumiNya.
Let Say ALHAMDULILLAH...

Oke, hari ini aku akan tulis pasal 
Kelebihan Solat Tahajjud :)
Ini sambungan bagi entri lepas iaitu entri
Cara Menunaikan Solat Tahajjud.
Banyak kebaikan yang kita boleh dapat apabila menunaikan 
solat di malam hari ini.
Kelebihan-kelebihannya ialah seperti:

a) Doa kita akan dimakbulkan Allah.
b) Mendapat ketenangan jiwa.
c) Kita akan merasakan diri kita sangat hampir 
dengan Allah.
d) Diberikan juga keistimewaan daripada Allah.
e) Memperoleh pertolongan da rahmat dari Allah.
f) Mencegah dosa dan menghindari daripada penyakit.
g) Dapat menewaskan godaan syaitan.
h) Menjadi lebih berdisiplin dan berpendirian tegas.
i) Allah mudahkan jalan untuk menimba ilmu pengetahuan.
j) Dihormati masyarakat dan dijauhi diri dari hasad dengki.
k) Mendapat kemuliaan Allah didunia dan di akhirat.

Sampai sini sahaja ye kawan-kawan. Sebenarnya ada banyak 
lagi kelebihan solat sunat tahajjud ini.
Jadi, renung-renungkan...
Selamat Beramal..
Sekian :)
Terima kasih berkunjung ! Nanti datang lagi ye ! 

Peace Yaww :)

Sunday, 14 April 2013

Cara Menunaikan Solat Tahajjud

Assalamualaikum semua...
Hai..
Korang sihat? Diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Entri kali ini aku nak ceghita pasai cara menunaikan solat tahajjud.

Firstly,
Sebelum korang menunaikan solat tahajjud,korang hendaklah 
membaca doa sebelum mendirikannya iaitu :


Niat solat tahajjud pula :

Kemudian, bacalah al-fatihah dan surah-surah seperti,
1. Ayat Kursi - Rakaat Pertama sebanyak 7 kali.
2. Surah Al Ikhlas - Rakaat Kedua sebanyak 11 kali

Korang juga boleh baca :
1. Surah Al Kaafirun - Rakaat Pertama
2. Surah Al Ikhlas - Rakaat Kedua

Oke...Selepas korang baca tasbih dalam sujud kedua rakaat terakhir,
bacalah doa ini sebanyak 3 kali :

Selepas itu, setelah selesai memberi salam
korang boleh juga membaca doa yang dibaca oleh 
Rasulullah S.A.W. iaitu :

Disambung pula dengan Doa Solat Sunat Tahajjud.

Then, selesailah solat sunat tahajjud kita.
Mudah kan?
Kawan-kawan boleh menunaikannya di mana- mana sahaja.
Diharap info ini dapat membantu korang semua.
Sekian sahaja dari aku...
Terima Kasih kerana singgah blog ini.
Jumpa lagi korang !
~Assalamualaikum~





Peace Yaww :)

Solat Sunat Tahajjud

Assalamualaikum kawan-kawan...
Malam ini aku nak share sedikit tentang solat sunat tahajjud.
Sebenarnya dah lama aku teringin sangat nak menunaikan solat sunat tahajjud ini.
Tapi, tidak kesampaian...
Mungkin aku yang tidak berusaha untuk melakukannya.
So, korang tahu apa itu solat sunat tahajjud?
Kalau yang sudah tahu baguslah...kepada yang belum tahu ini dia maksud dia :

''Solat Tahajjud ialah solat malam yang dilakukan setelah bangun tidur , 
afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepad tengah malam''.

Untuk pengetahuan korang semua,
solat sunat ini amat juga dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun
tidak pernah meninggalkan solat sunat ini.

Rasulullah juga bersabda :
''Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu,
juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu,
juga penebus segala amalan buruk,
pencegah dari perbuatan dosa 
dan dapat menghalangi penyakit dari badan.''
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a )


Setakat ini sahaja ye kawan-kawan.
Nanti aku akan explain cara-cara untuk menunaikannya.
Sampai berjumpa lagi...
Terima Kasih kerana sudi membaca...
Assalamualaikum.. :)


Peace Yaww :)

Saturday, 2 March 2013

Ujian DaripadaNya

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
kepada semua pembaca-pembaca sekalian.

Entri kali ini aku nak tulis pasal kata-kata 
yang aku dapat daripada encik GOOGLE. hehe. 



Onion Head Emoticons 48
Actually setiap manusia akan sentiasa diuji sebagai bukti
 kasih sayang Dia kepada kita sebagai hambaNya.
Maka hati hendaklah kuat untuk menghadapinya.

Sepertimana yang diceritakan di dalam surah al-Anbiyaa' :

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون


Maksudnya : ''Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan ; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan'' (ayat 35)

Sekian sahaja coretan aku hari ini.
Ayuh kita jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Selamat Beramal...Onion Head Emoticons 143




Peace Yaww :)