Assalamualaikum kawan-kawan...
Malam ini aku nak share sedikit tentang solat sunat tahajjud.
Sebenarnya dah lama aku teringin sangat nak menunaikan solat sunat tahajjud ini.
Tapi, tidak kesampaian...
Mungkin aku yang tidak berusaha untuk melakukannya.
So, korang tahu apa itu solat sunat tahajjud?
Kalau yang sudah tahu baguslah...kepada yang belum tahu ini dia maksud dia :
''Solat Tahajjud ialah solat malam yang dilakukan setelah bangun tidur ,
afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepad tengah malam''.
Untuk pengetahuan korang semua,
solat sunat ini amat juga dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun
tidak pernah meninggalkan solat sunat ini.
Rasulullah juga bersabda :
''Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu,
juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu,
juga penebus segala amalan buruk,
pencegah dari perbuatan dosa
dan dapat menghalangi penyakit dari badan.''
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a )
Setakat ini sahaja ye kawan-kawan.
Nanti aku akan explain cara-cara untuk menunaikannya.
Sampai berjumpa lagi...
Terima Kasih kerana sudi membaca...
Assalamualaikum.. :)
No comments:
Post a Comment