Hai hai semua pembaca sekalian.
Assalamualaikum.
Baiklah.
Entri kali ini aku nak share something dengan korang semua.
Its all about STRESS.
Ataupun dalam bahasa dipanggil TEKANAN.
Sebelum itu, aku ade baca laman web yang
membincangkan tentang isu ini.
Kata Dr.Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress atau
tekanan perasan telah mendefinisikan stress iaitu
''Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan
sesuatu bebanan yang menimpanya''
Itulah salah satu satu definisinya pun.
Kalau korang nak tahu apa dia tanda-tanda stress
ini ialah seperti berikut:
1) Fizikal
-Letih,pening kepala,susah tidur,sakit-sakit badan(terutama di bahu dan belakang
badan)
-Degupan jantung kuat,sakit dada,loya,ketar badan,sejuk tangan dan berpeluh.
2) Mental
-Hilang tumpuan,mudah lupa,susah untuk membuat keputusan,
tidak boleh berfikir,fikiran celaru dan tidak boleh melawak.
3) Perangai
-Keluh kesah,lahir tabiat menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki
-Makan yang berlebihan,merokok,minum arak,menjerit-jerit,dan menyalahkan orang lain
serta bertindak agresif.
4) Emosi
-Risau,sentiasa bimbang,sugul,marah,mudah kecewa,sentiasa takut,sensitif,
mudah hilang sabar dan panas baran.
Kalaulah ciri-ciri ini ada dalam diri korang,
kemungkinan besarlah korang sedang
dibelenggu STRESS !
So, apa tunggu lagi ? Cepat-cepat lah dapatkan rawatan
supaya ia tidak memudaratkan dan menjejaskan kesihatan korang semua.
Antara cara-cara nak mengatasi ''penyakit'' ini ialah :
-Bawa-bawalah bertenang ye kawan-kawan.
-Biasakan diri dalam keadaan berwuduk.
-Membaca Al-Quran, zikir dan selawat.
-Cintailah diri anda sendiri.
-Banyakkan solat sunat.
-Selalu berdoa kepada Allah SWT.
-Bersangka baik dengan Allah SWT.
-Mengurus masa korang dengan baik.
-Berhubung dengan rakan,keluarga dan jangan bersendirian.
-Lakukan aktiviti keluar rumah dan aktiviti fizikal.
-Aktiviti bersama alam.
-Amalkan diet makanan yang seimbang.
-Jangan malu untuk ketawa.
-Menangis dengan sepuas hati.
-Hargai kebolehan diri sendiri
-Sentiasa berfikiran positif.
-Fokus kepada warna yang menenangkan.
INGAT !!!
Katakan TIDAK kepada STRESS !
Pesanan dari penaja:
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIBELENGU TEKANAN !
hahaha...
Setakat ini sahaja coretan saya kali ini.
Ada hari kita berjumpa lagi.
Terima Kasih lawat belog ini.
Bye Uollsss...
~Asslamualaikum~
No comments:
Post a Comment