Assalamualaikum semua...
Hari ini aku nak berceloteh tentang
''Kepentingan Minum Air Masak''
Seperti yang kita tahu, air masak ini baik untuk kesihatan kita kan.
Tapi, kenapakah masih lagi yang tidak suka
air masak ini?
*termasuklah aku.
Mungkin sebab ia tidak mempunyai apa-apa rasa.
Baiklah, banyak kelebihan yang kita boleh dapat melalui
meminum air masak ini.
Antaranya ialah;
1.) Menyihatkan jantung
Ia dapat menyembuhkan penyakit jantung.
2) Perawatan kecantikan
Ia juga boleh bertindak sebagai menyerikan dan mencantikkan
kulit wajah dan badan.
3) Tubuh lebih segar dan sihat.
Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari.
Tapi kalau kita tidak minum kita mungkin tidak
mampu untuk bertahan kan.
Jadi, minum air masak ini adalah sangat penting
untuk kita sebagai manusia biasa.
Oklah. Setakat ini sahaja yang aku boleh bebelkan.
Diharap anda semua teruskan usaha meminum
air masak ini sampai bila-bila,
Sekian sahaja dari aku.
Assalamualaikum.
Bye...
No comments:
Post a Comment