Monday, 27 May 2013

COKLAT ! :)

Assalamualaikum kawan-kawan,
Hari ini aku nak tulis pasal coklat/gula-gula yang pernah
atau belum pernah aku makan.
HAHA

Yoyo & Cici Emoticons 2












Nampak sedap kan? 
Nak ?
Beli sendiri la.
HAHA
Ok, semoga berjumpa lagi.
Bye...

Yoyo & Cici Emoticons 27

Peace Yaww :)

Movie Time !

Assalamualaikum.
Post kali ini pasal jalan-jalan menghabiskan masa
ke Midvelly Mega Mall. 
Onion Head Emoticons 118

Macam biasa la, kali ini aku tak beli barang pun.
Tapi aku menghabiskan duit dengan tengok wayang.
Korang nak tau aku tengok cerita apa?
Sekarang ini agak famous dengan FAST FURIOUS 6.
Boleh katakan ramai kenalan aku dah tengok cerita ni.
Kata mereka cerita ni BEST.
Dan..
Memang terbuktilah BEST nye crita ni.
Weekend hari itu aku tengok.
Orang ramai sangat nak tengok cerita ni.
Sah-sah la seronok kan cerita ini.
Bagi aku memang seronok cerita ni tiada tandingan lah ! 
Walawehhh...
Hahaha..

Baiklah, setakat ini sahaja yang aku nak cerita.
Semoga korang-korang yang tak tengok lagi cerita ni
silalah tengok ye !
Tak rugi tau tengok ! 
Bye
Assalamualaikum 
Yoyo & Cici Emoticons 24



Peace Yaww :)

Saturday, 25 May 2013

Rindu...!

Assalamualaikum awak-awak semua.
Diharap semuanya berada dalam keadaan 
sihat sejahtera.
Sebenarnya hari ini aku bosan sangat menetap dalam bilik.
Esok baru nak keluar.
Kolej pun sunyi je...

Kadang-kadang apabila kita duduk sorang-sorang,
mesti terdetik suatu perasaan iaitu
tak lain tak bukan perasaan RINDU ! 
Sebagai manusia biasa, kita semua pernah merasai perasaan ini.
Tak kisahlah rindu parents ke family ke
boyfriend / girlfriend ke
kawan-kawan ke
semua itu perasaan yang tidak dapat dielakkan.

Dan aku ada baca status seorang sahabat aku di laman sosial
facebook,
dia mengatakan bahawa 
''Kalau rindu seseorang, baca surah Al Fatihah kemudian sebut nama
orang yang kita rindu itu . InsyaAllah perasaan itu akan hilang''

Korang semua boleh la cuba. 
Heee...
InsyaAllah berhasil..
Oke.
Itu sahaja yang aku nak tulis hari ini.
Semoga berjumpa lagi.
Terima Kasih sudi kunjung blog yang tak seberapa ini.
Sekian, Wasalam...

 

Peace Yaww :)

Friday, 24 May 2013

Sesi Pembentangan Power Point II

Holla uolsss...
Assalamualaikum.
Selamat Malam semua.

Hari ini aku nak sambung bercerita tentang 
Sesi Pembentangan Microsoft Power Point.
Untuk pengetahuan korang semua, sesi kedua ini dijalankan 
pada 16 Mei 2013.
Masa sesi ini, alhamdulillah tiada masalah rumit
yang dialami sepanjang sesi pembentangan dijalankan.

Sesi pembentangan ini dimulakan dengan kumpulan ;

1) Kumpulan 6 - Mereka menerangkan tentang Ilmu Pertolongan Cemas. Pelbagai jenis ubat-ubatan dan          cara penggunaannya. 

2) Kumpulan 5 - Tajuk pembentangan mereka ialah Nostalgia Zaman Kanak-kanak. Menarik jugak tajuk ini kerana ia mengingatkan kembali nostalgia aku semasa zaman sekolah rendah dulu. Dengan pelbagai jenis makanan ringan yang kerap dibeli sewaktu dahulu. 
Sangat Nostalgia ! :)

3) Kumpulan 11 - Bertajuk Gubahan. Pelbagai jenis gubahan yang ditunjukkan.
Sebagai contoh, video kumpulan mereka menunjukkan ukiran pada buah labu yang keras.
Memang agak susah kalau ukir benda yang keras kerana ia harus betol-betol teliti.

4) Kumpulan 16 - Mereka membincangkan tajuk Pengurusan Stres. Di dalam pembentangan mereka ada menyebut tentang cara menangani tekanan sewaktu belajar, putus cinta dan sebagainya.

5) Kumpulan 10 - Kumpulan ini membentang tajuk Aplikasi Mobile. Hampir kesemua yang dibentang oleh mereka pernah aku dengar. Mereka menceritakan tentang aplikasi dan cara penggunaan WhatsApp, Instagram dan Viber.

6) Kumpulan 4 - Mereka menerangkan tentang tajuk Pakaian Tradisional. Pakaian tradisional yang dibentangkan meliputi pakaian kaum melayu, india, dan juga cina.

7) Kumpulan 9 - Tajuk yang dibentangkan adalah tentang Video Parodi. Mereka ada menyebut tentang kesan- kesan sama ada baik ataupun buruk di dalam menghasilkan video parodi ini.

Setakat ini sahaja coretan aku tentang sesi pembentangan
Microsoft Power Point.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang membentang ! 
Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.
Assalamualaikum
Bye... :) 



Peace Yaww :)

Sesi Pembentangan Power Point !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Seperti tajuk yang ditulis, entri kali ini aku ingin 
menceritakan serba sedikit tentang 
Tugasan Microsoft Power Point.

Kami semua dikehendaki membentang mengikut kumpulan 
masing-masing dengan menggunakan Power Point.
Jadi, pada tanggal 9 Mei 2013,
maka bermulah sesi pembentangan kami semua.

Kumpulan yang pertama membentang adalah Kumpulan 12.
Mereka menerangkan tajuk PANTANG LARANG.
Aku ingat orang melayu yang kaya dengan pantang larang.
Rupa-rupanya, kaum cina dan india juga ada jugak pantang
larang mereka masing-masing.
Banyak input yang aku dapat melalui pembentangan tersebut.
Terima Kasih untuk Group 12 ! 
Hehe..

Baiklah, seterusnya tibalah giliran Kumpulan 2.
Mereka menceritakan tentang KASUT !
Menarik jugak tajuk ini.
Sebab diorang banyak bagi tips dalam 
pemilihan kasut yang sesuai dengan gaya 
seseorang individu.
Thanks for the information ! :)

Pada sesi ini, pembentangan hanya dibentang oleh 2 kumpulan sahaja.
Hal ini kerana terdapat segelintir masalah 
terutamanya masalah teknikal.
Semoga masalah sebegini tidak akan berulang lagi pada masa
akan datang.
Peringatan untuk diri sendiri juga ! 

Setakat ini sahaja daripada aku.
Terima kasih kerana datang melawat blog ini !
Sekian, Assalamualaikum. :)

Peace Yaww :)

Sunday, 12 May 2013

Tanda- tanda Kecil Kiamat !

Assalamualaikum semua.
Dah lama aku tak update blog ini.
Jadi pada pagi jam 1.23 AM bersamaan
13 MEI 2013 ini,
aku nak becerita sedikit tentang tanda-tanda kecil kiamat.
Mungkin sebahagian daripadanya kita semua telah nampak.
Antara tanda-tandanya adalah :


1. Banyak saksi palsu.
2. Kurang sifat amanah.
3. Zina bermaharajalela.
4. Ramainya anak luar nikah.
5. Penaklukan Baitulmaqdis.
6. Alat muzik bermaharajalela.
7. Banyak berlakunya gempa bumi.
8. Ramai orang soleh meninggal dunia.
9. Menghiasi masjid dan membanggakannya.
10. Lelaki mentaati isterinya dan menderhaka ibunya.
11. Pemimpin terdiri daripada orang yang fasik dan zalim.
12. Salam diberi kepada orang yang kenal sahaja.
13. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
14. Ramai wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang.
15. Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
16. Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita.


Haaaa..
Ada 16 tanda. Jadi apa tunggu lagi ?
Ayuhlah kita bertaubat.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengampuni dosa hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Sebarkan walaupun sepotong ayatku..."

Setakat ini sahaja nukilan aku buat seketika.
Semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum.



Peace Yaww :)